Pages

raihana

raihana

Tuesday, May 4, 2010

PERASAAN cinta serta rasa kasih dan sayang diterima Islam sebagai satu yang normal. Kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan sebagai panduan. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)... (Surah Yusuf ayat 24). Nabi Yusuf berjaya mengawal diri daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tata susila terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya (1) tidak dibenarkan pergaulan bebas (2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram (3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian (4) menjaga pandangan mata dan (5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri. Dalam keadaan itu, berpasangan dan percintaan dibenarkan. Secara umumnya, perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak, jiran, bangsa, negara dan seterusnya. Cinta kepada Allah dan Rasul juga turut di kategorikan sebagai cinta. Cinta kepada Allah adalah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul pula adalah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya. Walau bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama serta meniru cara hidup orang Barat yang bebas dilarang kerana membawa keruntuhan moral dan akhlak individu dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment